Pada hari
ini, 15 Januari 2013 (Selasa) Aktiviti Senamrobik murid bersama guru telah dilaksanakan, kesinambungan kepada
pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti ini akan diadakan setiap hari Selasa
bermula jam 7:30am hingga 7:45am setiap minggu waktu persekolahan.
Matlamat
mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid dan
guru yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin
sepanjang kehidupan mereka. Menerusi
senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini
dilakukan dengan iringan muzik berserta dengan gaya senaman yang dapat
menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan
membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti
cergas seperti senamrobik dan sukan.
Senamrobik juga adalah
satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan
amalan kerana senamrobik:
...
Read more »