LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6 LEPAS UPSR KE MELAKA
17/9/2015- 19/9/2015 | Murid-murid tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Seramai 34 orang murid dan 4 orangguru terlibat dalam lawatan tersebut.
Seawal jam 6:30 a.m pada 17/9/2015 murid telah berkumpul di dataran KEJAT berhadapan dengan sekolah SKSR. Bas memulakan perjalanan sekitar jam 7:00 a.m. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam. Lebih kurang jam 3:00 p.m, rombongan telah tiba di D’Village Resort iaitu tempat penginapan selama 3 hari 2 malam. Pada jam 8:00 p.m, kamimenaiki bas untuk pergi menaiki River Cruise dan melawat sekitar bandar Melaka.
Pada 18/09/2015 pula kami bersarapan di D’Village Resort dan pada pukul 8:00 a.m sekali lagi kami melawat sekitar Bandar Melaka iaitu menaiki Duck Tour, Menara Taming Sari, Zoo Melaka dan Bandar hilir. Pada waktu malam pula, kami melawat sekali lagi ke Dataran Pahlawan.
Pada 19/09/2015 pula kami sekali lagi bersarapan buat hari terakhir di D’Village Resort dan daftar keluar dari penginapan sekitar jam 8:00 a.m. Sebelum memulakan perjalanan pulang ke Pulau Pinang, kami telah melawat ke Taman Mini Malaysia dan juga Ladang Ostrich di Port Dickson. Pada pukul 3:00 p.m kami bertolak pulang ke Pulau Pinang. Kami Sampai di SKSR lebih kurang jam 10:30 p.m.
|