Tuesday, 19-03-2024, 2:54 PM
Site menu

Informers
[21-02-2016][sekolah]
Frog VLE SKSR for android Version (0)
[13-02-2016]
YesID (0)
[31-10-2015][sekolah]
Hari Kokurikulum & Hari Kanak-Kanak (0)
[10-10-2015][sekolah]
Hari Sukan Negara (0)
[19-09-2015][sekolah]
Lawatan Sambil Belajar Murid-Murid Lepas UPSR Ke Melaka (0)

Countdown

Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0

Jumlah Pelawat
Free Global Counter

Selamat Datang ke Laman Rasmi PIBG SKSR 

UCAPAN ALUAN YDP PIBG SESI 2011-2012 

Selamat sejahtera kepada semua ibu bapa SK Sungai Rusa,
Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan anda semua ke Majlis Pelancaran Laman Sesawang http//:pibgsksr.ucoz.com. Ini adalah kali pertama sejak PIBG diasaskan dan hasil daripada usaha berterusan ahli jawatankuasa PIBG yang berdedikasi menjadikanya kenyataan. 

Pelancaran Laman Sesawang ini akan membolehkan orang ramai, terutama ibu bapa dan murid-murid sekolah mengikuti perkembangan terkini berkaitan sekolah disamping menggunakan Laman Sesawang ini sebagai alat interaktif diantara ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah. Saya amat berharap ini dapat mewujudkan persefahaman yang lebih baik antara kedua-dua pihak dan memberikan sokongan yang lebih besar kepada PIBG untuk menjalankan tugas. 

Kewujudan PIBG adalah untuk sentiasa memastikan kepentingan anak-anak kita di sekolah terjaga. Kita sebagai ibu bapa harus memberi lebih tumpuan terhadap perkembangan pendidikan anak-anak kita supaya mereka dapat menjadi orang yang berjaya. Tugas ini mesti dilakukan bersama-sama guru yang patut diberi kebebasan pendidikan berdisiplin mengikut garis panduan pendidikan seperti yang digariskan polisi pendidikan kerajaan. Untuk itu, nasihat saya ialah "kita sebagai ibu bapa jalankan tugas keibubapaan, biar guru jalankan tugas mengajar.” 

Buat masa ini, PIBG berdepan berbagai cabaran. Kita perlukan persekitaran di mana ibu bapa memberi sokongan sepenuhnya kepada PIBG untuk menjalankan aktiviti. PIBG mempunyai mandat tahunan daripada ibu bapa untuk bertindak berdasarkan penilaian terbaik yang bersesuaian dan ibu bapa perlu menahan diri daripada mengemukakan isu-isu remeh atau peribadi yang tidak akan memanfaatkan sekolah secara keseluruhannya. Bagaimanapun, ibu bapa boleh memberi cadangan membina dan juga bersikap objektif. 
Dalam persekitaran hari ini, teknologi memainkan peranan penting dalam pembangunan. Kejayaan sekolah kita mempunyai Laman Sesawang sendiri telah meletakkan sekolah ini antara yang bertaraf sekolah maju di negeri ini. Marilah kita menggunakan Laman Sesawang ini untuk pembaikan sekolah dan anak-anak kita. Ini adalah pendekatan untuk kita semua menuju pembangunan dan pencapaian yang lebih jauh. 

Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Laman Sesawang ini. kepada kakitangan dan pelajar sekolah atas bantuan dan sumbangan mereka. Tidak dilupakan juga kepada semua ibu bapa PIBG atas sokongan berterusan selama ini. 
Sekian, terima kasih. 

En Muhammad Radhi B Shariff Hussain 
Pengerusi PIBG SKSR
Login form


Calendar
«  March 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31

Waktu Solat Penang

Entries archive

Our poll
Rate my site
Total of answers: 20

Mini Chat

Muzik



PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini
Hakcipta © 2012 SKSR Pulau Pinang
Website builderuCoz