Tuesday, 19-03-2024, 11:59 AM
Site menu

Informers
[21-02-2016][sekolah]
Frog VLE SKSR for android Version (0)
[13-02-2016]
YesID (0)
[31-10-2015][sekolah]
Hari Kokurikulum & Hari Kanak-Kanak (0)
[10-10-2015][sekolah]
Hari Sukan Negara (0)
[19-09-2015][sekolah]
Lawatan Sambil Belajar Murid-Murid Lepas UPSR Ke Melaka (0)

Countdown

Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0

Jumlah Pelawat
Free Global Counter

Home » 2015 » October » 31 » Hari Kokurikulum & Hari Kanak-Kanak
3:00 PM
Hari Kokurikulum & Hari Kanak-Kanak

HARI KOKURIKULUM & HARI KANAK-KANAK

30/10/2015 | Sk Sungai Rusa |7:30 A.M, Murid-muridtelah berkumpul di tapak perhimpunan bagi memulakan aktiviti pertama iaitu perasmian hari kokurikulum dan hari kanak-kanak peringkat sekolah yang dirasmikan oleh PK 1 Iaitu Pn. Rafidah Bt. Abd Rahman. Setelah ucapan perassmian, murid-murid meniup belon dan dilepaskan diudara beramai-ramai.

Setelah upacara perasmian, murid-murid tahap satu kembali kek kelas masing-masing bagi meneruskan aktiviti iaitu membuat poster kain rentang. Manakala tahap 2 pula membuat persiapan terakhir untuk pertandingan kebudayaan mengikut kategori kelab beruniform.

Sepanjang aktiviti tersebut berlangsung, jualan gerai telah bermula, dimana guru-guru kelab dan murid bertungkus lumus untuk melariskan jualan masing-masing. Murid-murid tahap 2 dibenarkan untuk membeli kemudian murid tahap 1. Terdapat lebih kurang 7 buah gerai dibuka untuk jualan. Keuntungan setiap gerai akan dimasukkan kedalam tabung kelab masing-masing.

10:30 AM, pertandingan kebudayaan bermula di dalam dewan. Semua murid duduk didalam dewan untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Terdapat 3 kelab beruniform yang menyertai pertandingan tersebut iaitu, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pengakap dan Puteri Islam. Terdapat juga persembahan salingan daripada adik Nur Wirdani & Siti khadijah yang menghangatkan dewan pada masa tersebut.

Acara kemuncak hari tersebut iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tempat pertama iaitu Kadet Remaja Sekolah diikuti oleh Puteri Islam dan tempat ketiga iaitu Pengakap. Pada tahun ini Anugerah Tokoh Kokurikulum SKSR dianugerahkan kepada adik Nur Wirdani dari tahun 6 Tekun. Semoga adik Nur Wirdani kekal cemerlang dari segi Akademik & Ko- Akademik sehingga peringkat menengah dan seterusnya.

Keseluruhan aktiviti pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Jutaan terima kassih kepada semua guru-guru dan murid-murid yang menjayakan hari tersebut.

Sekian.

Link untuk ke Photo Album Gambar-gambar Hari Kokurikulum & Hari Kanak-Kanak

 

 

Category: sekolah | Views: 1304 | Added by: sksr | Rating: 0.0/0
Login form


Calendar
«  October 2015  »
SuMoTuWeThFrSa
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Waktu Solat Penang

Entries archive

Our poll
Rate my site
Total of answers: 20

Mini Chat

Muzik



PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini
Hakcipta © 2012 SKSR Pulau Pinang
Website builderuCoz