Di antara rasional perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling ini adalah seperti berikut:
Usaha-usaha pencegahan peringkat awal
persekolahan dapat membantu mengatasi
gejala sosial di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di
peringkat awal dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke
sekolah menengah.
Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai
asas pembentukan masa depan murid dari segi akademik,kerjaya,psikososial dan
pembangunan murid.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali
dan membangunkan diri sendiri.
Cabaran masa kini
memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan berkesan.