8/03/2014 Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-42 telah berlangsung di SK Sungai Rusa. Mesyuarat ini diadakan setiap tahun bagi membincangkan beberapa agenda sepanjang tahun tersebut. Beberapa agenda yang telah disusun pada mesyuarat tersebut seperti:-
- Ucapan Pengerusi
- Membentang dan menerima minit mesyuarat agung kali ke-41
- Membentang dan menerima laporan tahunan
- Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2013
- Membahaskan usul
- Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2014-2015
- Pemilihan Juruaudit dalaman
- Ucapan Penangguhan
- Hal-hal lain
Mesyuarat diakhiri dengan majlis cabutan bertuah dan jamuan makan.