Kepada,
Waris pelajar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa,
JEMPUTAN MENGHADIRI HARI TERBUKA TAHUN 2014
Saya dengan sukacitanya merujuk pada perkara yang tersebut di atas.
2. Pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka 2014 pada ketetapan berikut;
Tarikh : 18 Julai 2014
Masa : 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Tempat : Kantin Sekolah
3. Justeru tuan/puan adalah dijemput hadir ke sekolah bagi meninjau prestasi dan menandatangani rekod-rekod berkaitan pembelajaran anak tuan/puan di samping dapat
bertukar-tukar pandangan demi kemajuan prestasi anak-anak didik di sekolah ini.
4. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan/puan untuk hadir dan memberikan kerjasama terhadap program sekolah.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………………..
(PN. HJH. HASNAH BT. A. HAMID )
GURU BESAR,
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA.
http://sksr.ucoz.com/kurikulum/Jemputan_hari_Terbuka.pdf
|