Thursday, 25-04-2024, 3:17 PM
Site menu

Informers
[21-02-2016][sekolah]
Frog VLE SKSR for android Version (0)
[13-02-2016]
YesID (0)
[31-10-2015][sekolah]
Hari Kokurikulum & Hari Kanak-Kanak (0)
[10-10-2015][sekolah]
Hari Sukan Negara (0)
[19-09-2015][sekolah]
Lawatan Sambil Belajar Murid-Murid Lepas UPSR Ke Melaka (0)

Countdown

Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0

Jumlah Pelawat
Free Global Counter

Home » 2015 » April » 24 » Sukan Tahunan SKSR Kali Ke-43
4:00 AM
Sukan Tahunan SKSR Kali Ke-43

SUKAN TAHUNAN SKSR KALI KE-43

           Pada 25 April 2015, Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa telah mengadakan termasya sukan yang ke-43. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

           Beberapa hari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. SukanTara telah diakdakan pada hari Isnin, Acara Akhir untuk Lompat Tinggi, Lontar Peluru dan Lompat Jauh telah diadakan pada hari khamis. Raptai penuh juga telah diadakan pada hari tersebut.

           Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan. YB. Dato Hj. Shah Headan Bin Ayoob HussainShah Adun kawasan Teluk Bahang yang tiba kira-kira pukul 8.45 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Pn. Hjh. Hasnah Bt. Noh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. YB menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

            Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 12.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar Pn. Hjh. Hasnah Bt. Noh dan Pengerusi PIBG iaitu Encik Mohd Ali Bin Othman.

             Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-43 ini ialah pasukan Rumah Biru (329) diikuti  dengan rumah kuning (299) kemudian rumah Hijau (293) dan tempat ke-empat ialah rumah merah (291). Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 1.00 petang. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh,                                                                                     

.........................................

(En. Battiar & En. Nurkhairi)

Views: 1441 | Added by: sksr | Rating: 0.0/0
Login form


Calendar
«  April 2015  »
SuMoTuWeThFrSa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930

Waktu Solat Penang

Entries archive

Our poll
Rate my site
Total of answers: 20

Mini Chat

Muzik



PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini
Hakcipta © 2012 SKSR Pulau Pinang
Website builderuCoz