Thursday, 28-03-2024, 9:49 PM
Site menu

Informers
[21-02-2016][sekolah]
Frog VLE SKSR for android Version (0)
[13-02-2016]
YesID (0)
[31-10-2015][sekolah]
Hari Kokurikulum & Hari Kanak-Kanak (0)
[10-10-2015][sekolah]
Hari Sukan Negara (0)
[19-09-2015][sekolah]
Lawatan Sambil Belajar Murid-Murid Lepas UPSR Ke Melaka (0)

Countdown

Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0

Jumlah Pelawat
Free Global Counter

Home » sekolah
« 1 2 3 »

PELANCARAN, AMBANG & PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

SK SUNGAI RUSA    telah mengadakan beberapa program sepanjang bulan kemerdekaan pada tahun ini. Antara program yang telah dijalankan ialah program pelancaran bulan kemerdekaan, ambang kemerdekaan dan penutup bulan kemerdekaan.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 17/8/2015 dan antara aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut ialah mengagihkan bendera kepada semua pelajar dan guru, Nyanyian Lagu Patriotik dan Kibarkan jalur Gemilang beramai-ramai.

Ambang Kemerdekaan pula telah diadakan pada 28/8/2015 dan antara aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut ialah Nyanyian patriotik, Ceramah Mengenai Sejarah Kemerdekaan dan Kuiz Kemerdekaan.

M ... Read more »

Category: sekolah | Views: 1167 | Added by: sksr | Date: 14-09-2015 | Comments (1)

Majlis Solat Hajat & Restu Ilmu UPSR

SKSR | 3 Sept 2015 : Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat telah dilaksanakan bagi murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran murid dan waris sekitar jam 3:00 petang. Kehadiran murid dan waris amat menggalakkan.

Majlis diteruskan dengan Solat Hajat secara berjemaah di ketuai oleh Tn. Hj. Zuwairi. Setelah itu majlis bacaan yassin dimulakan dan diikuti dengan majlis restu ilmu iaitu bersalaman dengan guru-guru dan ibubapa yang datang. Setelah itu Majlis diakhiri dengan solat fardhu Asar secara berjemaah.

Majlis berakhir sekitar jam 5:00 dan semua tetamu yang datang dijemput untuk mengambil juadah makanan yang telah disediakan.

 

 

Category: sekolah | Views: 715 | Added by: sksr | Date: 03-09-2015 | Comments (0)

EDUCATION FIELD TRIP PROGRAM FROM THAILAND

3/9/2015, Persatuan Tadika Mukim Kokchan Patani, Thailand telah mengadakan lawatan sambil belajar diSekolah Kebangsaan Sungai Rusa. Rombongan ini seramai 22 orang terdiri daripada pengetua dan wakil guru sekolah.

Objektif lawatan ini untuk memberi pendedahan kepada guru-guru dari aspek pentadbiran, akademik dan sekolah hijau supaya menjadi contoh dan panduan dalam mengatur sistem Sekolah Melayu di Patani demi mengangkat taraf sekolah Melayu di Patani.

Lawatan ringkas dan padat tersebut didahului dengan jamuan ringkas, pembentangan sekolah hijau dari pihak sekolah SKSR, seterusnya ucapan wakil dari pihak tetamu dan acara kemuncak ialah lawatan sekitar sekolah dan diakhiri dengan acara bergambar beramai-ramai.

Category: sekolah | Views: 439 | Added by: sksr | Date: 03-09-2015 | Comments (1)

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI KELAB ALAM SEKITAR SKSR 2015

6 Mei 2015 - Kelab Alam Sekitar SK Sungai Rusa telah mengadakan aktiviti Khidmat Komuniti iaitu membersihakan kawasan persekitaran pantai Tanjung Asam di Teluk Kumbar. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk menyemai semangat cintakan kebersihan dan mengeratkan silaturrahim antara murid khasnya dan pemduduk sekitar amnya.

Murid yang terlibat berkumpul di sekolah sekitar jam 4:00 petang untuk menaiki kenderaan guru-guru untuk ke kawasan tersebut. Lebih kurang jam 4:30 petang, murid telah sampai di kawasan pantai dan bersiap sedia untuk membersihkan kawasan pantai. Sepanjang program tersebut, murid-murid kelihatan ceria dan bersemangat tidak mengira penat dan lelah.

Program tersebut berakhir pada pukul 5:30 peta ... Read more »

Category: sekolah | Views: 5133 | Added by: sksr | Date: 06-05-2015 | Comments (0)

1-4 5-8 9-10
Login form


Calendar
«  March 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31

Waktu Solat Penang

Entries archive

Our poll
Rate my site
Total of answers: 20

Mini Chat

Muzik



PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini
Hakcipta © 2012 SKSR Pulau Pinang
Website builderuCoz