Friday, 26-04-2024, 3:10 PM
Site menu

Informers
[21-02-2016][sekolah]
Frog VLE SKSR for android Version (0)
[13-02-2016]
YesID (0)
[31-10-2015][sekolah]
Hari Kokurikulum & Hari Kanak-Kanak (0)
[10-10-2015][sekolah]
Hari Sukan Negara (0)
[19-09-2015][sekolah]
Lawatan Sambil Belajar Murid-Murid Lepas UPSR Ke Melaka (0)

Countdown

Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0

Jumlah Pelawat
Free Global Counter

Home » 2015 » February » 27 » Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa 2015
8:15 AM
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa 2015

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa 2015

Pada hari Jumaat 27 Februari 2015, pihak kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2015.  Program ini merupakan salah satu aktiviti sekolah yang diadakan pada setiap tahun. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan sebuah generasi muda yang sihat dari aspek fizikal mahupun mental.

            Pada pukul 7:30 pagi, murid-murid berkumpul di perkarangan sekolah.Guru mengambil kedatangan murid. Pada pukul 8.15pagi acara senamrobik yang diketuai oleh cikgu Ikram dengan senaman memanaskan badan/regangan dan Cikgu Ahmad Kamal dengan senam seni. 

            Pada pukul 8:45 pagi murid bergerak ke tempat pelepasan. Puan Hajah Hasnah bt Noh  melepaskan kumpulan yang pertama yang terdiri daripada murid-murid Tahun 1 diikuti dengan murid-murid yang lain mengikut tahun masing-masing. Murid-murid memulakan larian di pintu pagar SK SG Rusa melalui Jalan check point 1 dengan memakai getah ditangan sebagai petanda murid terlibat dengan aktiviti merentas,kemudian melalui jalan check point 2, check point 3, check point 4, check point 5, hingga ke   check point 6 yang terakhir dan berpatah balik ke sekolah. Murid-murid ini diawasi oleh pegawai polis daerah Barat Daya dan guru-guru yang bertugas sepanjang jalan tersebut.

Selain itu, terdapat murid yang terjatuh kerana berebut-rebut semasa ingin memulakan larian. Bagi murid-murid tahun 1, ini merupakan kali pertama mereka menyertai aktiviti merentas desa ini.  Namun begitu, tiada kecederaan serius berlaku semasa aktiviti ini dijalankan.

Murid-murid tiba dari  check point 6 ke sekolah kira-kira pukul 9:45 pagi dan semua murid dikehendaki berkumpul di Dewan  kira-kira pukul 10:15 pagi. Apabila murid tiba di kawasan sekolah, 10 orang murid terawal yang tiba mengikut tahun akan dikira sebagai pemenang dan semua murid-murid diberikan nombor cabutan bertuah. Di sini murid-murid diberikan roti dan air mineral sebagai sarapan pagi.

Murid-murid berehat di tapak perhimpunan sementara menunggu waktu rehat untuk tahap 1 diikuti dengan rehat murid tahap 2. Selesai waktu rehat, acara diteruskan lagi dengan acara perasmian penutup serta penyampaian hadiah untuk para pemenang dan hadiah bagi cabutan bertuah.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis dan diteruskan dengan ucapan oleh Puan Hajah Hasnah bt Noh. Selesai ucapan tersebut, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang merentas desa diselang seli dengan hadiah cabutan bertuah.

Kesimpulannya, kejohanan merentas desa ini dapat dijayakan dengan sempurna dan lancar berikutan kerjasama sepenuhnya yang diberikan daripada semua guru, pihak polis dan murid-murid SKG . pada masa yang sama, aspek keselamatan murid-murid amat diutamakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang aktiviti merentas desa dijalankan.

Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Oleh itu, majulah sukan untuk negara.

 Sekian, terima kasih.
 

Disediakan Oleh,                                                     Disahkan Oleh,       

………………………….                                            ………………………………..                                            

(ZARAH BT MAHSAN)                                         (PN HAJAH HASNAH BT NOH)
                                                                             Guru Besar Sk Sungai Rusa

Views: 1500 | Added by: sksr | Rating: 0.0/0
Login form


Calendar
«  February 2015  »
SuMoTuWeThFrSa
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Waktu Solat Penang

Entries archive

Our poll
Rate my site
Total of answers: 20

Mini Chat

Muzik



PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini
Hakcipta © 2012 SKSR Pulau Pinang
Website builderuCoz